Monday, November 23, 2009

nak cuti
.
.
kerja banyak
.
.
nak cuti
.
.
cuti tak approve lagi
.
.
berdebarnya....




inikah realiti dunia pekerjaan?

* bestnya masa belajar dulu. cuti semester yang panjang! bahagia sungguh.....

update..

* cuti sudah approve, tapi ada rasa macam taknak cuti. [apa lagi kalau bukan fasal kerja]
* puan ketua dah nak due, boleh tak saya pasang impian biar puan ketua rasa nak deliver tu masa kat ofis? hehe.
excited! :)

Friday, November 20, 2009

im sorry.. :(

* dengan hujan kat luar tu, rasa sebak hati ni. hu hu.

Friday, November 13, 2009

.kisah kiri kanan.

salam

minggu ini kadar prestasi kerja biasa-biasa saja..
bebanan kerja yang memerlukan penggunaan otak yang maksimum betul-betul menyesakkan jiwa. haih..
kepala dah terlalu berat dek kerana memikirkan logik-logik yang ada dalam urutan sistem..
kalau itu nanti jadi ini, kalau ini nanti pergi sana, kalau dah di sana nanti jadi itu pula..
rasa macam otak dah tepu.. tapi paksa juga untuk berfikir.. arhg!!

[inilah kesan dari dah lama tak balik kampung. sejak dari dulu, kalau tak balik dalam masa 3 minggu je ke, mulalah, semua kerja jadi berterabur, itu tak kena, ini tak betul. hu hu. moralnya, balik kampung untuk rehatkan badan, jumpa keluarga. :p. ini juga kesan dari tension dengan kerja seharian]

menurut buku rujukan mc glogoolle edisi yang ke XV, otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan,
logik, angka, analisis, dan lain-lainnya.
[maksudnya selama kerja ni, memang otak kiri je la kerja kuat.. kesiannya.. huhu..]

menurut buku rujukan ini lagi, otak kiri diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur atau tersusun.

biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang
penganalisis, pengkaji, Ahli matematik atau saintis. Individu yang banyak menggunakan otak kiri dipanggil IQ (Intelligence Quotient).

menurut mc glogoolle edisi yang ke XVI pula mengatakan otak kanan menguruskan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian.

cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya. [ohh, patutlah saya karang sajak ke puisi ke pelik je bunyinya. ha ha.] Individu yang banyak menggunakan otak kanan dipanggil EQ (Emotional Ouotient).

dan tambahan lagi, sesetengah individu akan mempunyai kelebihan pada nombor, lebih rasional atau logik hingga kelihatan sangat “terikat” dengan peraturan dan protokol yang menyebabkan ia boleh kelihatan seperti “robot”. [ha ha. memang ya pun. nampak terlalu mengikut peraturan. yes or no sahaja pilihannya.]

dan sesetengah individu yang sangat kreatif, berjiwa seni, sangat natural dan kerap kelihatan berada di dalam suasana yang semulajadi. [haa, ni gaya-gaya slumberlah kononnya, rambut panjang sikit, duduk minum kopi sambil melukis tepi sungai.. he he]

saya 90% yakin saya adalah manusia kategori otak kiri. tp bila ada masa, saya rasa saya manusia otak kanan. suka puisi, lukisan, imaginasi dan lain-lain. hmm, macam mana tu? gunakanlah otak secara adil dan saksama. ha ha.

ok, baiklah semua. cukup saja kelas kita pada hari ini ya. sambung dilain masa. membaca amalan mulia. :)

Wednesday, November 11, 2009

.kisah sabtu dan ahad.

salam

hujung minggu lepas, plannya nak pergi majlis kahwin kak da dan suami. tapi last minit, saya tak dapat pergi. ada hal yang tak dapat dielakkan. huhu. walaupun begitu, hujung minggu tu tetap terisi dengan macam-macam aktiviti. :p mak suruh balik kg, tapi lepas bincang-bincang minggu ni baru balik. hu hu. jumaat malam tu betapa kat office. banyak kerja punya fasal. balik rumah sudah lepak dan terus tidur.

pagi sabtu kami geng 9281 pergi joging. hujung minggu je la masa yang ada untuk pergi riadah semua ni. orang kata saya dah berisi sikit. so?? dulu saya kurus orang kata kenapa kurus sangat ni, nak amiklah lemak aku ni. sekarang dah tembam sikit, orang tanya pula kenapa dah gemuk ni? haih, mana satu ni. takpelah, kurus ke gemuk ke, tinggi ke rendah ke, janji sihat dan gembira. :) [orang akan memang sentiasa kritik --> ayat-ayat artis. ha ha]

joging kat stadium ni best juga. ada padang bola sepak, trek, court tennis, court bola keranjang dan taman permainan. so joginglah beberapa round. penat. ha ha. balik je, lepas sarapan, operasi kemas rumah. masa nak ganti langsir, langsir dari rumah tu macam tak fix nak pasang kat tingkap, apa lagi keluarkanlah skil menjahit. ha ha. lama dah rasanya tak menjahit. tiba-tiba rasa nak jadi macam dayang pula. :p

bila rumah dah kemas, siap-siap pergi office. huhu. syok juga buat kerja masa takde orang kat office. aman je. sekarang ni asal petang je hujan, asal hujan je mesti petang. :p malamnya duduk depan tv, tengok orang kuning lawan orang merah. pastu tengok orang merah balik awal lepas main mercun kat stadium. ingat stadium tu free ke tiba-tiba boleh muncul. nak bina tu pakai duit rakyat, duit doktor, duit cikgu, duit petani, duit nelayan. pendek kata duit rakyat malaysialah. malas nak komen, tepuk dada fikirlah sendiri.

ahad berkobar-kobar nak pergi joging lagi. tapi kakak kelisa kata nikmat tidur pagi-pagi ni. ha ha. nak pergi office pun tak jadi dek kerana letih sangat. takpelah, kita rehat jelah hari ni eh. :p petang tu kak kelisa tanya tak bosan ke. so kami keluar saja jalan-jalan. tengok-tengok rumah. mana tau ada yang berkenan di hati. he he.

ok, minggu ni cukup terisi. walaupun sedih tak dapat pergi rumah kak da, takpelah. doa saya mengiringi dia. semoga kak da dan suami bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah. :)

Monday, November 9, 2009

.kisah 3 in 1.

3


-


1


pesanan penaja : jangan cemarkan semangat kesukanan dengan bakar stadium.. rugikan duit je..
* hmm, takde cuti ke dah jadi juara ni? he he.. :p

Friday, November 6, 2009

.kisah tentang sukan sekolah.

vs

* kalau sukan kat sekolah : rumah kuning lawan rumah merah :p

.kisah tentang mereka sangat cantik!.

salam

selamat hari jumaat semua. :) malas-malas nak kerja minggu ni pun akhirnya sampai dah ahri jumaat. hihi. cepat masa berlalukan. putar-putar isnin jumaat. hu hu. hari ini datang office awal. pukul 7. awal ke? kakak kelisa ada meeting pagi ni, si dia nak prepare semualah. kalau dah datang pagi-pagi ni, memang takde lagi la orang kat office ni. so bagi mengisi masa [sambil menunggu kakak comel datang, dia belikan saya sarapan] saya pun login la friendster. ha ha. ya, saya tahu, ni semua sudah lapuk. sekarang orang dah era facebook. ikhlas dan jujur saya tak daftar lagi facebook. kenapa? sebab saya tak suka interface dia. hi hi. pastu nampak macam banyak perkataan saja. ha ha. ni lah kalau kita tahu fasal hci. cerewet. :p

oh, balik ke jalan asal. selalunya kalau login ke friendster ni, saya cuma tengok komen dan mesej saja. tapi tadi saya pergi review semua gambar-gambar yang saya uploadkan. sudahnya, lahirlah satu naluri kerinduan yang penuh kesucian dan murni pada mereka. :p serius, rindu mereka semua. :(

* semua muka nampak muda je. ha ha. sekarang? eh mestilah nampak lagi muda remaja. :p